Sunday, 25 November 2012

Kapsul Baraka - Habbatus Sauda'

Sabda Rasulullah S.A.W : 

"Sesungguhnya al-Habbatus Sauda' boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali al-Sam."saya bertanya "Apakah al-Sam itu?"Baginda menjawab "al-Sam iaitu Maut"

( Hadith Riwayat Iman al-Bukhari )





Khasiatnya untuk mengubati semua penyakit dan paling baik untuk mengeluarkan angin dari badan!!! 


Sesuai dimakan 1 jam sebelum makan apa-apa 2-3 kali sehari!!!

Habbatussauda BaRaKa adalah minyak habbatussauda yang dipek dalam kapsul soft gelatin.

BaRaKa dibuat di Iskandariah - Mesir ( Alexandria - Egypt) oleh perusahaan farmasi Pharco Pharmaceuticals.

Satu bungkus habbatussauda BaRaKa bersisi 24 soft gelatin kapsul @ 450mg.

Kelebihan BARAKA:

• Berisi minyak extrak habbatussauda, 4 kali lebih banyak dari pada kapsul serbuk
• Diproses di Mesir, yang merupakan lokasi perkebunan habbatussauda yg subur
• Dipek menggunakan soft gelatin kapsul
• Dibuat dengan mesin industri farmasi standard
• Ringan dan praktikal untuk dibawa ke mana sahaja


7 ciri-ciri utama HabBaTus Sauda':

1. Nilai pemakanan
- Habbatus Sauda kaya dengan:monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
- Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
- Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu


ANALISIS PAKAR PERUBATAN MODEN MENUNJUKKAN MADU DAN HABBTUS SAWDA’ MEMPUNYAI KEKUATAN PENYEMBUH YANG MENAKJUBKAN. ADALAH TIDAK MEMERANJATKAN BAHAWA HABBAH BARAKAH ATAU HABBAHSAUDA’ BANYAK MEMBERI PERTOLONGAN UNTUK MERAWAT, MERINGANKAN, MEMPERBAIKI ATAU MENYEMBUH PELBAGAI JENIS PENYAKIT, INSYALLAH....

Fakta Saintifik:
Nilai-Nilai Perubatan Dan Kandungan Yang Terdapat di Dalam Habbatus Sawda’.Melalui hasil analisa yang telah dijalankan oleh Dr. Zemmy HM Rai, beliau mendapati bahawa habbatus sawda’ ini mengandungi

enzim-enzim penghadaman,
fostat,
kalsium sulfur,
karbohidrat,
anti bakteria,
anti kanser,
hormon-hormon penguat tenaga batin,
unsur-unsur peningkatan seksual,
melawas air kecil (kencing)
dan penyembuh demam kuning.

Malah di dalam habbatus sauda’ ini juga terdapat beberapa bahan yang penting iaitu

fixed oil (saturated dan unsaturated),
minyak-minyak asas (sterol,
carvone,
thymohydro quinine,
limonine( cymene),
alkali (alkoloids),
saponin
dan asid amino.

Pada tahun 1986, Dr. El-Kadi dan Dr. Kandil membuat kajian yang melibatkan dua kumpulan sukarelawan. Bagi kumpulan pertama, setiap individu diberikan kapsul habbatus sauda’ sebanyak satu gram bagi diambil dua kali sehari selama empat minggu dan kumpulan kedua diberikan kapsul kosong atau placebo.

Kadar sel-sel putih dalam darah atau complete lymphocyte count dikenal pasti sebelum dan selepas kajian dilakukan.

Selepas empat minggu, didapati daya ketahanan sel putih atau helper to suppressor T-cell ratio sukarelawan yang mengambil habbatus sauda’ meningkat sebanyak 72 kumpulan dan sebaliknya bagi kumpulan yang kedua, ia didapati menurun sebanyak 7 peratus.

Dalam laporan yang dikemukakan, mereka merumuskan penemuan ini dapat dijadikan batu asas bagi merawat pesakit-pesakit AIDS, barah dan seumpamanya kerana habbatus sauda’ mampu merangsang sistem pertahanan badan atau immune system secara positif.

Keputusan kajian ini disahkan oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor Basil Ali dan kumpulannya dari Kolej Perubatan Universiti Raja Faisal.

Hasil kajian itu dimuatkan di dalam Saudi Pharmaceutical Journal pada tahun 1993. Dr. Haq dari Pusat Penyelidikan Biologi dan Perubatan di Riyahd, Saudi Arabia juga mengesahkan kebenaran penemuan ini pada tahun 1997.

Terdapat banyak lagi kelebihan habbatus sawda’ yang telah dibuktikan berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh para pengamal perubatan sedunia yang lain.

Antaranya Dr. Badr-el-din dan Dr. Mahfouz pada tahun 1960 mendapati ianya berfaedah dalam rawatan penyakit asma.

Kajian yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Amala di Amala Nagar, Kerala, India pada tahun 1991 mendapati ianya dapat membantu dalam rawatan kanser.

Ahli-ahli sains dari Jabatan Farmasi, Universiti Dhaka Bangladesh melakukan kajian yang membandingkan habbatus sawda’ dengan lima antibiotik yang terkenal dan mendapati ianya lebih berkesan berbanding kelima-lima antibiotik tersebut.

Demikianlah penemuan-penemuan saintifik yang direkodkan oleh para ilmuan Islam dan bukan Islam dalam penyelidikan mereka dalam mengkaji dan menguji keabsahan kata-kata Baginda Rasulullah s.a.w.

No comments:

Post a Comment