Monday, 26 November 2012

Jubah Lelaki : Al Andalus

Assalamu'alaikum wbt.

Hari ini saya nak update stok terkini jubah siap berkotak lagi! Jubah yang dimaksudkan adalah jenis Andalusia. Biarpun jubah ini jenis sederhana kualiti kainnya berbanding jenama Haramain, namun ia masih mengekalkan ‘aura cutting timur tengah’.


Harganya RM90 sahaja tidak termasuk penghantaran, sangat murah jika nak dibandingkan dengan harga sehelai tudung moden rekaan terkini!


Kelebihan jubah Andalusia ini adalah lebih kepada tawaran harganya yang berpatutan beserta cuttingnya. Mungkin jenama Haramain lebih tertumpu kepada mereka yang sudah berkerja dan berpendapatan tetap. Andalusia dengan harganya yang berpatutan sesuai dipakai oleh semua, malah sesuai juga dijadikan hadiah kerana kotaknya juga tersedia.

Kepada mereka yang berminat, saya cuma ada 16 unit jubah ini bersaiz 54, 56, 58 & 60 seperti gambar di bawah. Kali ni banyak saiz 56 yang diterima, sz yang lain-lain kena tunggu stok Haramain yang bakal tiba Insyallah.



WHITE


SAND


BROWN


GREY

# sementara stok masih ada


Bagi mereka yang :

Tinggi >184 cm~ sz jubah 62.
Tinggi 182-184 ~ sz jubah 60.
Tinggi 178-182 ~ sz jubah 58.
Tinggi 174-178 ~ sz jubah 56.
Tinggi 170-174 ~ sz jubah 54.
Tinggi 165-170 ~ sz jubah 52.
Tinggi 160-165 ~ sz jubah 50.
Tinggi bawah 160 ~ sz jubah 48.

** Saiz di atas hanyalah anggaran sahaja

Namun perlu diingat saiz dada iaitu antara 22-26 perlu dipilih sebaiknya mengikut selera pemakai. Ada yang suka jubah sendat dan ada yang suka memakainya dengan longgar.

Nota:

Jika pemakai berbadan gempal/sangat kurus elok dipilih saiz dada yang bersesuaian seperti 26 (bermaksud 26 x 2 = 52 inci ukurlilit dada) atau sz 22 (bermaksud 22 x 2 = 44 inci ukurlilit dada) agar lebih selesa ketika beribadat.

Labuh jubah mudah untuk 'repair' tetapi saiz dada sukar sedikit. Maka pilihlah saiz dada yang sesuai.

1 comment: